Isnin, 29 Disember 2008

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA..



Dengan restu Mu aku ke sini...satu Hijrah lagi.....mencari pelabuhan di pesisir usia meniti memori perjalanan berliku.. hati meronta di gurun berdebu..tapak-tapak di pasir semakin pudar. Si angin menderu membawa khabar..."Demi Masa!
(1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
(2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
"Ketika kita di selimut bunga-bunga mimpi bintang-bintang menyaksi.....Sesunguhnya kita manusia yang rugi!..PengHijrahan ini melewati persimpangan ke arah abadi..Sekian lama merantau menjejaki, berlari, merentasi, terus memburu di celah-celah pasir dan batu di warna warna pelangi dan permaidani ..mencari punca simpulan mati ingin membebaskan tambatan hati yang buta, bisu dan tuli yang inginkan itu dan ini. Ahhhh...hati berkata..//
Dengan restu Mu....aku ke sini ..PengHijrahan merentasi dari dunia fantasi ke dunia realiti dari dunia realiti ke alam abadi..mencari pelabuhan di pesisir usia buat sekian kalinya "Demi masa........"jangan kita kerugian buat selamanya. PengHijrahan ini pandulah kami..jejak kaki dan gerak hati bicara kata dan naluri rasa biarlah ada Mu di dalam mimpi ..semoga damai di pelabuhan abadi..menemui Mu Ya Rabbi......di suatu hari yang sudah pasti.
Salam Maal Hijrah 1430...dariku insan yang kerdil..

Rabu, 24 Disember 2008

NEW PROTON "MPV" TEST @ FEDERAL HWAY...


I suppose most of you car nuts would have seen images like these countless of times all around the blogosphere by now. Thing is, I actually caught these pictures myself - using a Nokia E71 - on my way to work say, 2-3 weeks ago. I guess Proton have been 'deliberately' flashing the public with repeated 'previews' of things to come from them, which is looking to be probably a best-seller in the making. While it appeared like a taller Toyota Wish, the butt of Proton's newest baby is more akin to Toyota Innova in chunk and contour! Expect its third row seating space to ace the Wish, Stream, Grand Livina and the likes.Rumoured to be priced anywhere between RM72k (basic, manual version) to RM89k (for the auto top-spec), watch out for Proton's official unveiling and naming of this MPV sometime March 2009. Ade bransszz...

ANDA "KECIL HATI"..? NAH AMBIK UBATNYA...

Adakah Anda seorang yang sangat sensitif, cepat terasa, cepat marah-marah, cepat merajuk? Itu tandanya Anda seorang yang Sesiapa jua ada sikap ini, namun cara mengawalnya berlainan bagi setiap orang. Ada yang tahan, ada yang tak tahan... cabarannya adalah, bagaimana nak membuat orang yang tak tahan ni supaya tahan. Biasanya, rasa kecil hati timbul bila Anda disindir, dimaki, dimarah, disergah atau ditegur dengan suara tinggi. Bagaimana cara mengatasi sikap suka berkecil hati? Ape yang perlu anda buat adalah :-

Ingatkan diri.
Perlu beritahu diri Anda sendiri supaya berfikir positif selalu. Bila Anda layan rasa kecil hati lama-lama di fikiran, itu maknanya Anda dah dirasuk emosi-emosi negatif. Ketika itu berbagai emosi negatif timbul. Paling senang, marah. Kesan? Bergaduh.
Serap teguran.
Jika Anda ditegur, dimarah atau disindir, itu maknanya ada sikap atau perbuatan Anda tak disukai walaupun Anda rasa selesa dengan sikap sekarang ini. Kena kaji suasana, kena ubah ikut kesesuaian di mana Anda berada. Tandanya, akhlak masih ada yang belum OK.
Pasang Niat.
Ketika Anda ada bersama orang lain yang tak pernah Anda jumpa atau yang Anda tak berapa senang, letak niat di hati Anda mahu berbaik dengan orang tu. Sebab, apa yang ada di hati, akan segera ditangkap oleh minda. Lalu, minda menerbitkan gelombang tenaga yang akan bergetar lalu meresap masuk ke minda orang lain di sekeliling Anda. Proses ini berlaku sekelip mata, bahkan sepanjang masa, selagi Anda masih bernafas. Bila dah masuk, serta merta ia akan ditafsir lalu turun ke hati mereka pula. Hati mempengaruhi sikap. Sikap melambangkan hati. Inilah penerangan tentang kuasa niat dan bagaimana ia berfungsi. Bila niat baik, maka baiklah kita dengan orang tu. Mudah dia senang dengan kita, jadi kurang dia nak menyindir, marah-marah atau yang menyebabkan kita kecil hati. Mencegah lebih baik dari mengubat.Maafkan, lupakan, teruskan.Jika Anda rasa kecil hati, marah atau geram, usah di simpan lama-lama.
Maafkan saja. Lepas tu, lupakan.
Kemudian, terus memajukan diri dalam pelajaran, kerjaya, keluarga, perniagaan. Sebab, suka layan rasa kecil hati hanya perbuatan membuang masa.

Isnin, 22 Disember 2008

MPEHHH..GEN2..LAJU CAM CIPAN MAUT...



BARU-BARU NI..WA TGAH ONDAY BARU BARU BALIK "..SHOOTING" KAT BANTING DIKEJUTKAN OLEH DERUAN EKZOSS POWER SI GEN2...MASA2 WA TGH2 KHAYAL LAYAN LAGU..TIBA2..MEPEHHHH GEN2 NI POTONG STIM GUA...KOJAR2 PUNYO KOJAR ..AKHIRYA BERJAYA GAK AKU SNAP PIC BONTOTNYA...TPI YG X PUAS ATI GUA X DPT AMBIK PIC DEPAN KETE TU...PADA MAT2 GEN2..KETE TU MEMANG CUN GILER SIUT...(NOTA : AKU MEMANG SUKA TENGOK KETE2 YANG DIBIKIN/MAKE-UP)

BELAJAR "AMBIL HATI" DGN 3 PETUA RINGKAS..

Pertamanya..secara saikologinya, sesiapapun memang suka andai ada orang mengambil berat hal mereka. Jadi, untuk membolehkan orang lain menerima Anda, ambil hati mereka dalam diam. Ini boleh dilakukan dengan bertanya khabar, tanya bagaimana suasana tempat kerja mereka, khabar ahli keluarga yang lain dan tentang kesihatannya.

Kedua, fokus pada mereka, berikan lebih dari Anda sendiri. Andai kata mereka tidak ada pengangkutan ke tempat kerja, tumpangkan kereta Anda. Kalau boleh, buat surprise pada hari lahir mereka…Hidup ini lebih bermakna bila kita rajin memberi. Pulangan yang datang berkali-kali ganda.

Dan yang ketiga, kongsikan apa yang Anda ada, gunakan ia sebaik mungkin untuk kebaikan orang lain. Sebab, apa yang ada di dunia takkan pernah habis. Ia cuma “habis” di minda kita. Sedangkan, banyak lagi yang ada, hanya menunggu untuk Anda temui.

Mulai hari ini, latih diri Anda mengambil hati orang lain. Latih diri untuk jadi pemurah, pemurah ilmu, pemurah makanan, wang mahupun pertolongan. Kesannya, ia memotivasikan diri Anda untuk menjadi lebih baik, agar Anda dapat memberi dengan lebih banyak juga!

ANAK BUAH AKU (PESAL) DAH BOSAR DAH...



DAH BOSAR DAH ANAK BUAH AKU NI SI "PESAL"...BELEK DOK BELEK PIC DLM PICASA TADI TRINGAT PLAK MAMAT NI...SEMPAT GAK AKU MENJENGOK PESAL NI MASA KONVO I2ARI KAT "upm"..YANG POSING KAT TENGAH2..KAK MOH..(DIALAH YG JAGA AKU MASA KECIK2 DLU)..MySON APIC,ALISYA N IMAN...ABI NK BAGITAU..KAK MOH2 ABI BUAT CAM MAK ABI..BAB DIALAH YG MEMBESARKAN ABI SEHINGGA SEKARANG...BANYAK JASA KAK MOH KAT ABI...SEMOGA ANAK2KU PUN TAHU....................
*NOTA KAKI..DAH 33THN ARWAH IBUKU MENINGGAL DUNIA...AL-FATIHAH BUAT IBU TERSAYANG..

Sabtu, 20 Disember 2008

7 PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN DISETIAP PAGI ...

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

5. Set Target Kemajuan Diri SendiriIni juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan KemaafanLepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

NASI MINYAK & HUJAN DI AIDILADHA 2008



HARI RAYA AJI THN NIH AMAT MENBOSANKAN..HUJAN X BERENTI-RENTI..TENSION GLER RASAYA...NASIB BAIK LA "MASAKAN MAUT UMMI" NASI MINYAK KEGEMARANKU MELENYAPKAN KEBOSANAN ARI2...TQ UMMI KERANA MASAK NASI MINYAK2...

Selasa, 9 Disember 2008

TANAH RUNTUH @ BUKIT ANTARABANGSA..SALAH SAPE ?



Dahsyat..n sungguh memilukan..satu tragedi yang menimpa rakyat kita di bukit antarabangsa...sempat jugak aku turun ke SK Ulu Kelang (penempatan mangsa tragedi) sambil menghulurkan sedikit bantuan buat mangsa...yuhooo..ari ni plak cbuk macam cipan rasanya...org ramai gler kat opis...bru nk karang blog..dh ada org nk jumpa...mpehhhh..tension nyer ari nihhhh....
P/s: buat member aku IJAL KOWT...tq krn mudahkan urusan aku masa ari htr bantuan2...byk pahla kauuu....wakikikiiii..pic elikopter2 aku rakam pakai HP aku..heee..canggih gak..suka tgok anak2 aku buat kerja amal ari2...tq Afiq.

Isnin, 8 Disember 2008

LOOK - ALIKE METER 4ALISYA DANIA..


hee2...rupa2 nyer "puteri" aku ni iras cam muka aku lah...aku dh test 2 lgi myson..stay same (+-) rupa mix me n my wife...P/S: TQ my frenz azarai..tokan bangi bikin info ni dlm blognyer..rojer bro.... :)