Khamis, 19 Februari 2009

KURSUS 3H2M @ ILDAS..



Ayoyoo..Inilah candid2 pic "AKU"yg smpat aku CILOK dlm w/place semasa cos @ ILDAS i2ari..Ari NI sempat gak aku mmbelek blog aku yg sekian lma menyepi..msa yg ada smentara menunggu si SYAFIQ blk skolah..
(p/s: ok gak main blog dlm WISH aku nik..pkai brodband TM..lju leh tahan..cam cipan lapar....FI;wittttt..Pelik ke org lalu..asyik tengok2 jer..hik22)

Khamis, 12 Februari 2009

SIAPA PUNYER KERUSI ITU..?



Shah Alam..11 Feb 2009 Aku antara insan yang dipanggil oleh pihak pgrsn untuk menjadi SAKSI kes 136..Inilah x prtma spnjng karier aku disoalsiasat oleh bbrape org yg dikira penel penyiasat yg lebih kureng cam aku gak..heee...anyway sapekah punyer kusi panas tu,..tggulh dlm 360..

HIDUP MESTI SERONOK...

Perjalanan hidup menjadi lebih seronok bila Anda tahu ke mana Anda mahu pergi. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan yang Anda idamkan, disitulah timbulnya keseronokan. Kita akan terlepas rasa seronok tu bila kita tak tahu apa yang kita nak capai. Jika kita tak ada matlamat atau sangsi apa yang kita nak capai sebenarnya, hati terasa kosong, bagai hidup kita tak ada ‘purpose’ atau tujuan tertentu. Untuk menghilangkan kekosongan akibat boring, kita lebih cenderung untuk berhibur sepanjang masa.

Hiburan yang terbaik adalah hiburan selepas Anda berusaha sekuat daya. Hiburan akan jadi kurang bermakna hanya sekadar untuk menghilangkan boring. Ia akan jadi hambar. Bila Anda dah bekerja tanpa henti kemudian berhibur seketika, Anda akan rasa sangat gembira. Kemudian, bersemangat untuk berusaha dengan lebih rajin lagi. Mulai hari ni, ubah sikap. Pastikan Anda tahu apa yang Anda nak capai dalam minggu ni, bulan ni dan tahun ni.

Biar Anda bangun pagi dengan keinginan membara nak mencapai kejayaan dalam hidup Anda. Biar Anda buka mata dengan mengetahui Anda ada potensi besar untuk berjaya dalam bidang kerja Anda. Biar orang lain tahu Anda punya potensi untuk berjaya!..x caye cubalahhh..

Selasa, 10 Februari 2009

BDAY AKU YG KE 34..TQ UMMI


Time kasih Ummi...susah-susah jer beli Perfume ni..

Tanggal 6 Feb 2009 baru ni genaplah Umur AKU 34 thun..Alhamduliilah syukur kpd ALLAH atas kurniaan rezeki yg melimpah ruah buat seisi keluargaku. Tiada Ungapan yang lebih brmakna buat isteri tercinta atas pengorbanan besar yg dihulurkan kpdku yg bernama SUAMI. Time kasih krn susah payah tempah cake2 n bagi perfume2 kat Abg..Aku rasa inilah thn prtama x clebrte mybday aku kat luar..Entahlah..kebetulan pd masa yg same keadaan kerjaku terlalu cbuk..Dhlah 5hb tu trun S/ALAM.(taklimat operasi 2009..katanya) ..blk2 sampai kat umah dh 12.15mlm..tersentuh hati kecilku melihat Isteri n anak2 sedang lena diulik intan..tak kala masa itu sedang menunggu detik 12mlm 6 feb...bersamaku...Hari esok masih berulang..kerja2..kerja..kerja..pd awalnya ptg2 gara nk blik awal clebrate @ umah...kecewa lagi penangan si CREW tv3..janji kul 3..hampehhh 5 baru samapi..Tup-tup kul 8mlm bru abih story..Anyway aku terpaksa kuatkan semangatku demi mencari rezeki dibumi ini...Tepat kul 845 mlm,...bukak aje pintu rumah aku disapa oleh fmilyku dengan lagu...Slmat Ari Jadi...Slmt Ari Jadi.....Slmat..ari jadi Abi..slmt ari jadi....
Nota kaki : Tersentuh hati kecilku....sayu hati dibuatnya...


Rabu, 4 Februari 2009

OH "JOWS" TINGGAL SERIBU MEMORIES...



Inilah PIC kenangan mesyuarat terakhir JOWS pada 30hb jan 2009 @ ktr sepang. Tahun 2009 bermulalah lembaran baru yg dinamakn DAERAH..Alhamdulillah "gugurlah" segala minit yg terkandung dlm meeting2 lepas.,,thanks buat semua wargakerja JOWS yg memberi sepenuh komitmen utk hadir pd mesyrt tersebut. Buat yg naik "pangkat"tu teruskan perjuangan anda..yg terus kekal diDAERAH kerjasama anda amat diperlukan utk meneruskan MISI & VISI kejabatanan masing2...
Nota kaki : Selepas solat maghrib ari2..time kasih sume krn selesai kita menunaikan SOLAT HAJAT bgi merestui PERJUANGAN KALIAN SEMUA DILZS & TAK TERLUPA JUGA KPD K/TGN YG TERANIAYA...semoga ALLAH merestui NIAT kita SEMUA UTK TUNJUKAN DIMANAKAN KEBENARAN ITU..Amin Ya Rabil Alamin..

Selasa, 3 Februari 2009

MENGAWAL RASA "BIMBANG"..

Rasa bimbang boleh dilawan dengan dua perkara, ilmu dan tindakan. Jika Anda sanggup buat perkara kedua, iaitu lupakan. Sedar atau tidak, bimbang adalah salah satu emosi negatif. Kita biasanya bimbang setiap kali membayangkan masa silam, masa depan, masa kini, sikap dan perbuatan orang lain. Paling kerap, bimbang pasal duit!

Bagaimana nak mengawal rasa bimbang?
Cara pertama, mulakan dengan doa.
Bagi Anda yang Muslim, minta doa pada Allah supaya dijauhkan, dilenyapkan rasa bimbang tu dari dalam hati Anda. Selepas itu, berserah pada Allah (let go).

Cara kedua, kosongkan fikiran.
Buang rasa bimbang dari fikiran Anda. Tonton video lucu untuk membuat Anda selalu ketawa atau menyanyi dengan kuat untuk membuat Anda ‘feel good’.

Cara ketiga adalah melalui pergaulan.
Dekatkan diri dengan kawan-kawan yang periang, penyabar, juga yang baik kata-katanya agar fikiran Anda dipenuhi perkara baik-baik.

HANYA TUHAN YANG TAHU..TQ ALLAH



Nota kaki : Lagi sedap kalau KARI KEPALA IKAN cicah ROTI dicampurkan dengan GULA..i2lah PERSAHABATAN namanya..TQ bro2 semua..

Ahad, 1 Februari 2009

TINGGAL KENANGAN..T/KASIH SUME..



P/S : X terkata hatil kecilku tak kala menatap..pic maut rakan2 seperjuanganku ini..seingt aku pic ni dirakam semasa diBkt Tinggi..heee inilah org2nyer yg bikin KECOH mengenching TOP6 masa2..MASIH kah kau INGAT wahai rakan2ku..hee MESTI grlak sorang2..HAAA..