PADA SIAPA HARUS AKU BERHATI-HATI...
Hati-hati bila berada dekat dengan orang yang banyak merancang, tapi tak melaksanakan apa yang dirancang. Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini kerana sikapnya akan melarat kepada sesiapa saja yang berhampiran dengannya. Orang yang banyak merancang, ada baiknya. Dia penting kerana dia boleh terfikir idea yang orang lain tak pernah terfikir langsung. Tu yang lebihhnya dia. Kelemahannya cuma satu, lambat melaksanakan apa yang dirancang. Kekadang tindakan jauh dari apa yang sudah dirancang. Lain yang dirancang, lain yang dibuatnya.
Orang sebegini biasanya Big2 BOS dalam sesebuah organisasi. Ada juga orang seperti mereka menjadi ketua emmmmm(geram beb), tapi biasanya mereka tak bertahan lama sebab orang dibawah pimpinan mereka akan merasa ada yang tak kena. Sebab pertama Anda kena jauhi orang sebegini kerana lambat laun Anda juga akan terkena kesan dari sikap mereka.
Kalo bukan Anda yang susah sama-sama dengan dia, Anda akan terkena tempias kesilapaannya. Satu lagi keburukan sikap orang sebegini adalah suka menyalahkan orang lain disekeliling atas kesilapan yang telah dilakukan olehnya. Semua ini hanya panduan. Tak semestinya betul, boleh jadi salah kerana ia hanya berdasarkan kajian.
Nota Kaki : Cukuplah hari ini aku bersuara dlm meeting..aku akn buktikan suatu hari nanti..dgn izinnya insyaalah....Ahhh..hatiku cukup2 tercabar skrggg....?>$#@
