Selasa, 3 Februari 2009

MENGAWAL RASA "BIMBANG"..

Rasa bimbang boleh dilawan dengan dua perkara, ilmu dan tindakan. Jika Anda sanggup buat perkara kedua, iaitu lupakan. Sedar atau tidak, bimbang adalah salah satu emosi negatif. Kita biasanya bimbang setiap kali membayangkan masa silam, masa depan, masa kini, sikap dan perbuatan orang lain. Paling kerap, bimbang pasal duit!

Bagaimana nak mengawal rasa bimbang?
Cara pertama, mulakan dengan doa.
Bagi Anda yang Muslim, minta doa pada Allah supaya dijauhkan, dilenyapkan rasa bimbang tu dari dalam hati Anda. Selepas itu, berserah pada Allah (let go).

Cara kedua, kosongkan fikiran.
Buang rasa bimbang dari fikiran Anda. Tonton video lucu untuk membuat Anda selalu ketawa atau menyanyi dengan kuat untuk membuat Anda ‘feel good’.

Cara ketiga adalah melalui pergaulan.
Dekatkan diri dengan kawan-kawan yang periang, penyabar, juga yang baik kata-katanya agar fikiran Anda dipenuhi perkara baik-baik.

Tiada ulasan: