Rabu, 7 Mei 2008

CERITA PASAL MASA i2 EMAS...



Adakah anda pernah mengalami situasi berikut?? Tidak kira samada anda menunggu atau ditunggu… Memang angin kalau menunggu seseorang.. Lebih-lebih lagi kalau orang yang ditunggu boleh selamba derk je.. GUA rasa ayat ‘on the way’ selalu menjadi perkataan mudah bagi seseorang itu..Sebenarnya tidak menepati masa memang sesuatu yang amat tidak disukai dalam agama.. Sepatutnya kita perlu menjaga perasaan seseorang.. Jika berjanji ingin datang mesti tepat pada masa. Kalau lambatpun mungkin dalam 10 minit masih boleh diterima tapi kalau 1 jam pun masih tak sampai-sampai tu camne ye?? Dah tu kadang-kadang tak rasa bersalah pun datang lambat…
Kadangkala masalah ini bukan setakat berlaku pada temujanji biasa , malahan majlis-majlis besar pun tetamu VIP boleh datang lewat 2-3 jam dari jadual tanpa rasa bersalah.. Jadi siapa nak disalahkan kalau majlis tersebut kurang orang..Semoga kita semua dapat mengelakkan diri dari bermain-main pada janji kerana ianya mengambil masa orang lain dan ingatlah ‘masa itu berharga, tidak boleh dibandingkan dengan emas sekalipun.. Sesaat terlepas tidak mungkin boleh berpatah balik’..
Sekian. Wasalam brooo..

Tiada ulasan: