"SELAMAT HARI IBU"...KAULAH SEGALANYA
Orang kata aku lahir dari perut ibu..Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu..Bila lapar, yang suapkan aku..ibu..Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu..Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!Bila bangun tidur, aku cari.. ibu..Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu..Bila nak bermanja… aku dekati ibu..Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu..Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu..Bila nakal, yang memarahi aku… ibu..Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu..Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu..Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu..Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu...
Nota Kaki5 : Itulah mungkin yang dapat rakan-rakanku selami..dan rasai nikmat IBU..TAPI AKU DILAHIRKAN TANPA merasai semua itu krn ALLAH lebih menyayangi IBUku..Ibuku meninggal semasa melahirkan aku...Al-Fatihah buat ibuku tersayang...Semoga dtempatkan bersama-sama org2 yang beriman...Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan