TAQWA : RAMADHAN DENGAN HIKMAHNYA
Besarlah khasiat Ramadhan dalam membantu kita menyelamatkan rumahtangga. Rumahtangga yang sendinya adalah TAQWA, bukankah Ramadhan datang untuk itu?
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah difardhukan ke atas kamu sebagaimana ia telah difardhukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa”
[al-Baqarah 2: 183]
Sayangnya Allah kepada kita, diberikan-Nya satu bulan dalam setahun, untuk kita belajar mencapai TAQWA. Bekalan untuk kesejahteraan hidup, kesejahteraan perkahwinan dan rumahtangga. Apakah yang diajar oleh puasa, agar meningkat nilai taqwa? Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran. Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan. Tetapi ketika kita ada segalanya untuk dimakan, namun kita memilih untuk tidak makan, kerana mentaati Allah, itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri! Itulah TAQWA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan